AREA TRAINER BUMBU BABAH HQ - KLANG VALLEY AREA
# AREA TRAINER BUMBU BABAH HQ - KLANG VALLEY AREA **BABAH VENTURES SDN BHD** · Kuala Lumpur · `On-site` 🕒 **Статус:** *Опубликовано: 8 дней назад* · *Источник: Indeed* --- ### About the Role Area Trainer – Bumbu Babah Bumbu Babah sedang mencari seorang Area Trainer yang berpengalaman, proaktif dan mempunyai kemahiran komunikasi serta leadership yang baik untuk menyertai team kami. Sebagai Area Trainer , calon akan bertanggungjawab membantu memastikan semua team di outlet memahami dan mematuhi standard operasi Bumbu Babah melalui latihan, coaching, pemantauan dan penilaian secara berkala. Calon yang dicari mestilah seorang yang mahir berkomunikasi, yakin berhadapan dengan team, mempunyai kemahiran mengajar, tegas tetapi mudah didekati serta bersedia untuk bergerak dari satu outlet ke outlet yang lain mengikut keperluan operasi. Kriteria - Mempunyai pengalaman dalam bidang F&B , khususnya operasi restoran atau outlet. - Mempunyai pengalaman sebagai Trainer / Area Trainer / Restaurant Supervisor / Assistant Manager / Manager adalah satu kelebihan. - Mempunyai pengalaman melatih dan membimbing staff. - Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan yakin berhadapan dengan pelbagai peringkat staff. - Mempunyai kemahiran leadership dan mampu memberi tunjuk ajar kepada team. - Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai operasi restoran, front of house dan/atau kitchen operation. - Faham kepentingan SOP, food quality, customer service, hygiene dan operational standards . - Mampu menyampaikan training dengan jelas, mudah difahami dan praktikal. - Mempunyai kemahiran coaching dan problem-solving yang baik. - Mampu mengenal pasti kelemahan staff dan membantu meningkatkan prestasi mereka. - Bersedia untuk bergerak dan membuat lawatan ke outlet mengikut keperluan. - Mempunyai kenderaan sendiri dan lesen memandu yang sah. - Mempunyai sikap kerja yang baik, disiplin, bertanggungjawab dan proaktif. - Fleksibel dengan waktu bekerja mengikut keperluan operasi F&B. - Mampu bekerja secara sendiri dan juga dalam pasukan. - Mempunyai inisiatif untuk membantu meningkatkan standard dan prestasi keseluruhan outlet. Skop Tanggungjawab - Menjalankan training, coaching dan on-the-job training kepada staff di outlet. - Memastikan staff baharu mendapat latihan yang lengkap sebelum menjalankan tugas secara sendiri. - Memberi latihan berkaitan SOP, product knowledge, food preparation, customer service dan operational procedures . - Memastikan semua staff memahami dan mematuhi standard kerja yang ditetapkan oleh Bumbu Babah. - Membuat pemantauan dan lawatan berkala ke outlet di bawah kawasan yang ditetapkan. - Menilai tahap kemahiran dan prestasi staff selepas menjalani latihan. - Mengenal pasti kelemahan dalam operasi dan mencadangkan latihan atau coaching yang bersesuaian. - Membantu outlet meningkatkan prestasi dari segi service, food quality, speed of service dan operational efficiency . - Memastikan standard produk, penyediaan makanan dan servis sentiasa konsisten di setiap outlet. - Membantu Restaurant Manager / Supervisor dalam membimbing dan meningkatkan prestasi team. - Menjalankan refresher training apabila terdapat perubahan SOP, menu atau proses operasi. - Membantu dalam proses onboarding dan training staff baharu. - Membuat laporan berkaitan training, perkembangan staff dan isu yang dikenal pasti di outlet. - Bekerjasama dengan pihak management untuk mengenal pasti keperluan latihan setiap outlet. - Memastikan segala modul dan bahan latihan disampaikan dengan konsisten kepada semua outlet. - Membantu mengenal pasti masalah operasi serta memberikan cadangan penambahbaikan kepada management. - Memastikan standard Bumbu Babah sentiasa konsisten di setiap outlet . Ciri-Ciri Calon Yang Kami Cari Kami mencari individu yang suka mengajar, suka bekerja dengan orang, yakin berkomunikasi dan mampu menjadi contoh kepada team . Anda perlu mempunyai personaliti yang positif, tegas apabila diperlukan dan mampu memberikan coaching secara praktikal di outlet. Jika anda seorang yang proaktif, suka membantu orang berkembang, mempunyai pengalaman F&B dan bersedia untuk bergerak dari satu outlet ke outlet yang lain , anda adalah calon yang kami cari. Jawatan ini memerlukan calon untuk bergerak dan melawat outlet Bumbu Babah mengikut kawasan serta keperluan operasi . Pay: RM4,500.00 - RM6,000.00 per month Benefits: - Opportunities for promotion - Professional development Work Location: In person
Наблюдалась 2026-10-15, впервые 2026-10-06, источник — Indeed.